BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tips melegakan selsema tersumbat

Assamualaikum WBT

Siapa pernah mengalami gejala selsema then hidung tersumbat? Alahai mesti tak selesakan lagi-lagi bila ia menganggu konsentrasi kita nak buat kerja atau menyukarkan kita nak tidurkan? Siapa selesa bila kita susah nak bernafas betul tak? Harini Mia nak share sikit Tips untuk melegakan hidung akibaf tersumbat tu. Mudah sahaja!

Mula-mula korang ambil air panas secawan macamtu, takyah banyak. Cukup sekadar secawan. Senang sikit nak buat benda ni. Make sure air masih panas dan berasap lah ye. Caution tau! Panas tu ( Mia tak galakkan cara ni buat untuk kanak-kanak )

Then korang halakan hidung korang ke permukaan cawan itu tadi. Korang bernafas kemudian hembus, then tarik lagi nafas dalam-dalam dan hembus lagi. Ulanglah 2 3 kali seperti itu.

Dan korang akan rasa ada cecair akan mengalir. Cepat-cepat hembus ( Tips: sediakan kain lap siap-siap ) Then ulanglah seberapa banyak cara tadi tu sampai korang betul-betul lega.

Mudahkan? Lepas ini tak perlulah kita terlalu bergantung pada ubat lagi. Kalau tak boleh tidur dek di ganggu hidung tersumbat, cubalah cara ini. Mia pun selalu buat bila stress melayan hidung tetiba tersumbat.

Okay, lain kali Mia share TIPS lain ya kalau ada! Selamat berpuasa semua.

Wasalam,
Miera Akina

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

Kehidupan seorang Miera Akina

Assalamualaikum WBT.

Ya Allah!! Lamanya tak menulis di blog. Rindu teramatlah rindu! More than 1year okay meninggalkan blog tercinta ini. Alahai. Apalah yang Mia sibukkan sangat kan sampai berhabuk blog ni jadinya. Amboii tittle Mia harini, kehidupan seorang Miera Akina gitu.

Selepas setahun berlalu, macam-macam dah berubah sekarang. Kalau setahun yang dulu, Mia adalah seorang gadis yang masih bujang. Tapi, hari ini Mia adalah seorang gadis ( gadis sangat ) yang telah pun di sunting pada 2 Mei 2014 menjadi isteri orang. Haaa kerlas gitu kan. Dan lebih best nya, Mia merupakan Mommy kepada seorang putera raja, Muhammad Ayden Arrian Qhalish b. Muhamad ( amboi nama anak kalah mommy dia ) .

Alhamdullilah, bersyukur teramat bersyukur kerana selepas sahaja di sunting menjadi bidadari dalam hidup En. Muhamad, Mia terus disahkan mengandung. Kira bunting pelamin lah Mia ni, siapa tak suka dapat rezeki awal kan! So, 16 Januari 2015 Mia selamat melahirkan Ayden secara normal. Kecil-kecil cili padi ye, jangan pandang si kecil sebelah mata.

Yes, kehidupan Mia totally berubah. Disamping kesibukan menguruskan business Mia sendiri, ( Mia aktif di IG ) Mia jugak sentiasa disibukan diri diri dengan tugasan seorang surirumah tangga dan jugak seorang mommy. Tapi, sangat bersyukur tau sebab dihadiahkan seorang suami yang sangat-sangat membantu Mia menguruskan kehidupan seharian. So, takdelah Mia huru-hara jadinya menguruskan rumahtangga ( even Mia ni memang clumsy )

Okay, mulai harini In shaa Allah Mia akan mengisi masa senggang dengan tulis kat blog ni, walaupun Mia akan semakin menyibukkan diri dengan Projek terbaru Mia iaitu, Mia akan mengeluarkan produk kecantikan Mia sendiri tak lama lagi. Ya, produk Mia akan siap memang tak lama sahaja lagi. Kalau rajin-rajin Likes lah fanpage Mia di Facebook https://m.facebook.com/profile.php?id=983202515053929&tsid=0.3790013638790697&source=typeahead#~!/TopModelSkinHQofficial?ref=bookmark . Doakan produk Mia ni akn meletop-letop ye. In shaa Allah hanya dengan izin Allah SWT.

Baiklah, tahun ni tahun kedua berpuasa dengan suami dan tahun pertama puasa sebagai Mommy, kejap lagi nak sahur dah. Nak siapkan makanan sahur dulu. Jumpa next entry. Selamat berpuasa semua!

Wasalam,
Miera Akina
Co-founder TMS


ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

DIY Project - Bilik Pengantin

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM WBT

Tak sah rasanya jadi raja sehari kalau takde bilik pengantin kan? YA! Pada mulanya memang CikMia rasa tak perlulah nak bilik-bilik pengantin bagai ni, serabut otak nak memikirkan lagi pula dengan ketiadaan bilik untuk dijadikan bilik pengantin, tapi diatas jasa baik pakcik kesayangan CikMia ni, dia volunteer CikMia guna biliknya. Yelaaa, dah alang-alang CikMia akan gunakan rumahnya sebagai rumah bertanggak. Lagipun di situ akan ada majlis Malam Berinai pada malam sehari sebelum CikMia akan diijabkabulkan khamis ni.

Mula terpikir penting jugak bilik pengantin, Mana taknya dah hire MUA yang agak meletops kedebabom tapi biliknya ala kadar, alaaa tak best la kan, so terpaksalah dicarikan barang-barang untuk dihias di dalam bilik tu nanti. Bytheway nak tau siapa MUA nya? Tunggu next entry atau mungkin selepas majlis. Suprise sikit. hihi.

Sememangnya CikMia tak mengemari bilik pengantin yang penuh bunga macam kebanyakan dibuat oleh penghias bilik pengantin. SERABUT! Biarlah bilik tu simple but gorgeous gitu! CikMia sangat sukakan konsep ringkas dan modern. Si Jejaka setuju ajaaa, yang penting duit dihulurnya. Muahihi.

Jadi petang tadi CikMia, Mama dan Si Jejaka telah nekad untuk menempuhi JAMMED nak ke sogo tu. Almaklum, Sogo kan tengah SALE! So kita serbu jelaaaa. Pusing punya pusing ternampaklah set cadar yang berkenan dihati. Simple sesangat, main color je and plain. Tapi tu yang diinginkan dari awal, simple but nice. Yelaa, lepas ni boleh guna terus kat rumah sendiri, so dah jimat disitu. See kena bijak merangka strategi.

Set cadar yang menjadi pilihan CikMia, Mama dan Si Jejaka adalah Fully Cotton, Ada two-tone color, dan yang paling penting harganya TipTop sampai Pakcik tersayang kata, " Kau biar betul, murahnya! Kain sedap ni. " Well see the legs la, sudah CikMia jadi Bride-to-be masuk bakul angkat sendiri. Takleh jadi nih.




Okay so ini adalah rujukannya yang hasil gigih dan bantuan CikGoogle. CikMia akan mix and match kan beberapa elemen antara ketiga-ketiga gambar di atas. InshaALLAH, bilik pengantin ni akan siap dihias sebelum rabu dan usaha sama dengan pakcik tersayang. So tunggu dan lihat hasilnya. Dup dap dup dap. Ahhhh malasnya nak meniaga esok dan ahad. Tapi demi mencari rezeki, mana tau dapat rezeki lebih dapat tampung apa yang patut lagi. Amin.

Okay CikMia kena bobok ni, esok meniaga! See Ya


ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

Pelamin by Za_Sanggul

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM WBT

Okayy now CikMia terajin nak update pasal Za_Sanggul sementara menunggu Si Jejaka mengambil CikMia nak pergi beli Cadar untuk bilik pengantin. Pasal bilik pengantin kita cerita nanti ya! Okay berbalik pada entry ni, Siapakah Za_Sanggul ini? Okayy nilah Wedding Planner yang CikMia hire untuk merealisasikan pelamin impian CikMia dihari berbahagia CikMia nanti. Muahihi. 

So, beberapa bulan yang lepas CikMia dan Si Jejaka telah set time cun cun dengan owner Za_Sanggul ni iaitu KakZa di butiknya yang terletak di Bangi. Gagah jugak redah area Bangi tu sebab memang jarang sangat ke sana. Akhirnya sampai jua tanpa sesak. Yeayyy Si Jejaka ni hebat dalam bab-bab jalan walaupun mesti gaduh dengan CikMia pasal jalan. HAHAHA.

CikMia dan KakZa
Layanan yang diberikan oleh Za_Sanggul memang tiptop, siap dibuatkan air untuk CikMia dan Si Jejaka. Walawehhhhh. Okay lepas bincang punya bincang macam mana pelamin yang CikMia inginkan tu, so mulalah pula sesi bincang harga. Mula-mula harga yang diberikan memang diluar BUDGET yang CikMia dan Si Jejaka rancangkan.

Lakaran Pelamin yang CikMia inginkan.
Tapi lepas bodek punya bodek, Akhirnya KakZa turunkan sikit harga, walau bagaimanapun masih diluar BUDGET yang ditetapkan. Tapi tu laaa harga last yang KakZa boleh berikan. Pikir dan memikir dengan Si Jejaka, Kami pun capai kata sepakat setuju dengan harga tersebut.  Kata KakZa, " Dewan tu besar Mia, So banyak dekorasi dan bunga yang kita perlu gunakan. Pelamin pun takkan nak pakai yg size kecik, pelamin mesti nak besar ". Hmmm betul jugak kata KakZa.

Jadinya, CikMia dan Si Jejaka harus kerja keras untuk menampung BUDGET tersebut. So now, rasa tak sabar nakk tengok kerja-kerja dekorasi pelamin tersebut jumaat depan. Yabedabeduuuu.

Last sekali, For bride-to-be diluar sana yang tengah pening kepala carik Pelamin dihari bahagia anda boleh review Instagram @Za_Sanggul. Mereka jugak selalu sangat masuk dalam majalah Pesona Pengantin ataupun Perkahwinan.

SEE YA!


ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

DIY Project - Hand bouquet


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM WBT

Dup dap dup dap, tudiaaa tinggal lagi seminggu CikMia akan sah menjadi milik si jejaka hati. Nebesss habiss!!! Tapi apapun kita buat steady sajaaa ya. Letak nebes tu jejauhh ye. muahihi.

Okay sebenarnya harini CikMia tergerak hati nak men DIY hand bouquet aka bunga tangan untuk nikah, bersanding dan juga untuk majlis bertandang. Dah sejam menungg mandang bunga yg bertaburan ni, penat acu sana acu sini, tak jugak dapat ilhamnya. Ingatkan semudah ABC. inilah akibatnya tangan sekeras kayu, muahihi.


Nilahh himpunan bunga CikMia. 

Bunga tangan yang dihajati? Simple-simple ajaaaa. Tapi memang kurang kenan nya dengan bunga kristal tu, so bunga kristal tu awal-awal dah reject. Fresh flower? Sememangnya cantik, tapi habis majlis, kalau da layu da takde kenangan, so CikMia decide guna artificial flower je, nak wangi spray je perfume. muahihi.




Tadaaaa! Nilahh yang dai tadi menung tengok gambar ni, beda sana beda sini tak jugak jadi macam ni, frust nih! tapi takpe, usaha tangga kejayaan kan? So wait and see, CikMia akan jadikan impian menjadi kenyataan. ( HAAHA, Yakin sangat. Kalau jadi alhamdullilah, kalau idok kita samber aja lerrrr... )

See ya next update :)


ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

DEWAN BANQUET SAPURA

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM WBT

Syukur Alhamdullilah ada juga dewan untuk dijadikan tempat majlis hari persandingan CikMia. Sebenarnya, nak dijadikan cerita, mula-mula sekali dewan yang dijadikan pilihan adalah dewan di WISMA SEJARAH, Tapi sayangnya , dewan tersebut telah FULL BOOKING. Huaaaaaa!! Mana taknya, lagi 6 bulan nak kahwin baru terhegeh-hegeh nak booking, kan padan muka kau CikMia oiii.

So, bincang punya bincang dengan si jejaka dan keluarga, ayah pun bagi cadangan Dewan Pusat Latihan Dewan Bandaraya yang baru buat dalam setahun tu, Dewannya not bad la beraircond dan berhampiran je dengan rumah CikMia. So, ayah volunteer diri untuk menanyakan availibility dewan tersebut. Tunggu punya tunggu surat jawapan dari pihak DBKL, akhirnya berbalaslah selepas sebulan setengah. ( Untuk makluman korang, ayah CikMia telah menulis surat untuk memohon menyewa dewan tersebut ye.. )
Tapi jawapannya begitu menghampakan. Menurut surat tersebut, mereka hanya berikan kebenaran menyewa kepada kakitangan DBKL sahaja, so keluarga CikMia memang takde kena-mengena dengan DBKL ni. So mula la episod semak kepala.

Dalam keserabutan yang melanda, ayah kesayangan CikMia bagi berita gumbira yang dia dah dapatkan dewan untuk hari berbahagia CikMia tu nanti. Mau tak gembira masa tu, memang hipphipp horeeeyy! Sebenarnya dalam diam, ayah CikMia menyelak-yelak koleksi buku PESONAPENGANTIN dan PERKAHWINAN yang setiap bulan CikMia beli. Haaaaa siapa tak terharu weehhh! I love youuuu ayah!

So lepas je ayah call orang tersebut yang merupakan orang katering yang menyediakan dewan sekali iaitu LAKSAMANA TUJUH BARAKAH ( Tekan Sini ) , hari tu juga CikMia, Ayah dan Si Jejaka pergi Site Visit Dewan Sapura tersebut yang terletak lebih kurang 5KM je dari rumah CikMia. Sesampai di Dewan tersebut memang terus Falling in love gituuuu dengan dewan tu. Mana taknya, Viewnya adalah Tasik Mines dan sangat berhampiran PALACE GOLDEN HORSES. So deal punya deal dan mencapai kata sepakat, tanpa memikir panjang, maka Ayah membayar pendahuluan, kiraa booking terus. Gila noks 4 bulan lagi nak Majlis dewan takde? Jangan main gila. Jadinya selesai lah satu bab yang merungsingkan kepala CikMia, si jejaka dan keluarga.

So jom kita cuci mata dengan gambar-gambar teaser DEWAN BANQUET SAPURA @MINES tu, gambar ni hanyalah belas ihsan dari Cik Google.




Nak tahu macamana dekorasi Dewan tersebut dan sebagainya? Nantikan. CikMia sendiri sangatlah tidak kesabaran. HAAHAHA. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. AMIN.

SEE YA!

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

Counting Day

ASSALAMUALAIKUM

Ya ALLAH! Rindunya nak berblogging nih! serious tak tipu last update may last year. Perghhh dah dekat setahun kot. Alahaiii, sedar tak sedar dah dekat setahun. RINDUNYAAAA!

Okaylah cer tengok tittle kali ni, apa yang nak dihitungkan sebenarnya? InsyaALLAH, next month CikMia akan bertukar tittle dari CIK kepada CIK PUAN. Kih kih.

Yes betul, Cik Kina akan menamatkan zaman bujang CikMia sebelum genap 22tahun, Ya ALLAH nervous tu jangan cakap la, memang nak menggigil kaki. So far persiapan untuk majlis sudah 70% siap, so masih berbaki 30% yang perlu diselesaikan dalam masa 20 hari lagi. Dup dap dup dap weii!

Okay lepas ni CikMia akan share Tips-tips dan persiapan yang CikMia lakukan menjelang hari berbahagia CikMia dan Si Jejaka tersayang ye.



ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

SAYA TUNANG ORANG SEKARANG


ASSALAMUALAIKUM

Hai blogger! Maigaddddddd * jerit kuat-kuat * lamanya tak bukak blog ni. Bersawang semak samun terabur serabai bagai. Tsk tsk. Hmmm rindu sangat nak berblog ni. Haishhhh.
30 March 2013, actually dah sebulan lebih yang lepas, sekarang baru ada masa nak update. HAHAHA. Saya telah pun selamat di ikat oleh sang jejaka buah hati penambat jiwa. SAYA TUNANG ORANG SEKARANG! 

Macamana kehidupan lepas jadi milik orang * half-way * ni? Hmm banyak yang berubah sebenarnya. Dan macam selalu orang cakap, orang bertunang ni kan darah manis, maksudnya senang sangat bertikam lidah ni. Bergaduh tu umpama perkara wajib, tapi jangan biar lama-lama. Payah pahit kelat nanti jadinya. 

Siapa tunang saya? JENG JENG JENG. Aloloo jejaka yang tengah bersiar-siar dekat blog kita ni la orangnya. Huahua. Masa majlis pertunangan tu, kitaorang decided untuk buat simple event je, jemput pun saudara mara, sahabat handai terdekat. Hihi. 

Makan-makan ditaja khas oleh ayah dan mama * Katering * Makeup di buat oleh MAFA bukan sekadar rupa, haa kenal tak? Retis tau make up kan kita * bajet * Muakiki. Baju di tempah khas untuk majlis ni, tapi tu  second baju sebenarnya sebab first baju hantar tak jadi. * sedih * Pelamin kita buat dekat kak mai in da house. Hihi. Goddies tetamu di sponsor diri sendiri ye. And thanks to my uncle sebab bagi pinjam rumah masa buat majlis tu.

Alhamdullilah, seminggu sebelum majlis memang banyak sangat nak uruskan, boleh katakan tak cukup tangan nak buat, sebab nak semua berjalan seperti dirancang al maklumlah kita ni tunang sekali je seumur hidup kalau boleh. so haruslah make sure everything going as planning. 

On that day, saya ada flowergirls tau, lebih kurang 10 orang. Ramai tak? Hihi. Baju disponsor oleh saya dan cik tunang, perghh cute sangat tengok dorang si kecil cilik pakai gaun comel macamtu. Syukurlah hari majlis, mkanan cukup dengan tetamu yang hadir, takde terkurang takde terlebih. hihi pandai bajet kan?

Haishhh now time to kumpul duit. Untuk apa? Untuk big big big day pulak la. WEDDING! Oh gaiddd, Excitednya rasa, Tema apa, baju macamana, color apa, buat dekat mana semua tak fikir lagi. Adesssss. Takpe takpe slow slow la kan, focus kumpul duit dulu. Hihi.

Doakan yang terbaik ye untuk saya dan cik tunang. Amin. Okaylah taktahu nak melalut apa dah, gambar tunang nanti la update ye. sebelum tu, follow my butik online dekat instagram ya @STLYSTA . Jual pakaian perempuan dari head to toe. Murah-murah without postage. Amacam menarikkan? Preloved, new item semua ada. senang cerita macam-macam ada. * IKLAN * Haha. Okaylah nunite olss!.


ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

Engagement :')

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum WBT

Ya ALLAH! Lamanya tak update apa-apa dekat bloggie ku ini. sesungguhnya bukan setakat sarang lelebah jea yg ado, sarang tikus, sarang tebuan, EHH senang cite pelbagai sarang ahh ado. Exclude sarang penagih jea takde dekat sini. Herherr :*
Bytheway sangatlah cik mia tidak menipu disini bahawa sangat merindui bloggie tempat daku melepaskan keluh resah disuatu ketika dahulu. Dan dihening kedinginan malam taktala sang kekasih sedang enak beradu, daku mengaambil kesempatan untuk melepas rindu bersama bloggie ku tercinta.
HOLAAA awak awak awak yg membaca? sihat? alhamdullilah gumbira hatiku mendengarnya :') ye! cik mia juga sihat alhamdullilah.
Hmmm okay cik mia rasa nak choose topic TUNANG harini :') wah wah wahhh! siapa yang nak bertunang? NO NO NO!!! Bukan cik mia yang pastinya. sebaliknya, pada 10.11.12 yg lalu, sahabat karib atau erti kata lain BFF cik mia telah selamat bertunang bersama pilihan hatinya  :') aduiiiii! jelly sunggug cik mia. Dimaklumakan mereka akan bertunang selama SATU TAHUN. haishh lambat lagi nak makan nasik minyak .nihh. hewheww. Okayy dah taktahu nakk merepek merapu apa. so ni antara gambar yg sempat diambil :') Selamat menjamu mata anda. Wassalam.





p/s : Makin ramai kawanku disunting lebah. Bila la turn cik mia pula. herher. Selamat Malam Semua!
ATTENTION!

Bagi sesiapa anda yg seperti berikut bolehlah follow cikmia ye :') Thankyouuu
Instagram : Mieraakina
Twitter : Mieraakina
Facebook : Mieraakina Muhamad
Bbpin : Mintak sendiri, herherr


14 Nov 2012
XOXO

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

Ketahui rahsia cinta seorang jejaka

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM WBT
Jatuh cinta dan putus cinta sudah menjadi asam garam seorang remaja yang meniti hari dewasa. Dalam langkah perjalanan mengenal ranjau dunia serta melakarkan sejuta pengalaman di alam percintaan.
Cik Mia percaya ramai yang serik untuk mencari cinta baru setelah cinta lamanya dimusnahkan dengan sekelip mata, khususnya cik mia tujukan untuk para gadis. #cik mia pun selalu terkono macam korang jugekk. Namun sampai bila pulak korang nak setia dengan title " SINGLE AND NOT AVAILABLE" ? Seharusnya kita perlulah bijak dalam memilih siapakah yang selayaknya memiliki hati kita. Bukan paras rupa serta harta benda jadi kayu pengukurnya. #Actually topik harini hampir serupa dengan topik 3 4 hari lepas, cik miasahaja share-kan lebih jelas lagi :D

Antara ciri-ciri yang dapat dikenalpasti sebenarnya si jejaka itu betul-betul cintakan anda :

1) Si jejaka selalu ingin membuatkan kekasihnya terhibur dan berubah demi menyenangi hati si kekasihnya.

2) Si jejaka cuba mengongkong kebebasan kekasihnya kerana si dia merasa cemburu yang membuak-buak. #Itu seperti sentiasa ambil berat tentang apa, dengan siapa, di mana, buat apa. segalanya yang anda lakukan.

3) Si jejaka sentiasa akan mengekori langkah kekasihnya kerana bimbang jika kekasihnya dikacau oleh sang jejaka yang lain.

4) Si jejaka cepat merajuk dan cemburu apabila kekasihnya cerita tentang orang lain yang meminatinya atau tidak menumpukan perhatian kepadanya. #Alahaii sama macam encik buah hati cik mia laa. comel jea.

5) Si jejaka akan jadi orang yang paling rajin dan sanggup tak tidur semata-mata nak temankan si kekasihnya buat kerja atau mengulangkaji pelajaran. #En. buah hati sanggup bersengkang mata semata-mata nak teman cik mia belajar.

6) Si jejaka mula tidak tenteram pabila kekasih hatinya berjauhan dengannya terlalu lama.

7) Si jejaka 100 kali lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

8) Si jejaka hanya akan melayan perempuan lain jika ada urusan yang penting sahaja. Kalau takde, sorry to say laa, yang girls lain tu pergi main jauh-jauh ye.

9) Si jejaka akan sentiasa memuji dan membanggakan kekasihnya di hadapan kawan-kawannya.

10) Pabila munculnya orang ketiga, si jejaka akan mati air dan melakukan apa cara sekalipun untuk mendapatkan kekasih hatinya kembali.

11) Si jejaka juga tidak akan main kayu 2 3 atau pasang #SPARE TYRE . Kalau si jejaka berbuat demikian bermakna dirinya belum 100% menyintai kekasihnya.

12) Bila si jejaka betul-betul jatuh cinta, dia akan sedaya upaya melakukan sesuatu untuk kekasihnya tanpa paksaan dan rela.

13) Si jejaka tidak jemu akan menasihati kekasihnya kerana dia terlalu menyayangi kekasihnya.

14) Si jejaka takut akan kehilangan cinta kekasihnya.

15) Si jejaka rasa kurang selesa apabila ada jejaka lain yang mendekati gadisnya. Senang cerita tak suka langsunglah. 

16) Kadang-kala, si jejaka tidak ubah seperti kanak-kanak yang mahukan perhatian si gadisnya. #Cik mia suka sangat tengok gelagat encik buahati bila manja dia sampai, HAHA

17) Si jejaka akan sentiasa mengawasi keselamatan sang kekasihnya. #Untunglah bila ada body guard plus abang sayang macam gini.

18) Si jejaka juga akan sentiasa mengulangi soalan yang sama hampir setiap masa. " awak sayang saya?" " awak cintakan saya?" . Ini semua kerana si dia tidak mahu cinta dari gadisnya pudar.

19) Si jejaka akan sentiasa menghabiskan waktu bersama si gadisnya daripada mengorbankan masa untuk dirinya sendiri.

20) Si jejaka akan mempercayai gadisnya dan sanggup bagi harta mahupun nyawanya sendiri.

21) Si jejaka akan mengalirkan titisan airmatanya hanya untuk gadis yang benar tulus ikhlas dia cintai. Bukan mudah untuk jejaka menangis hanya untuk seorang perempuan.

Wahai cik gadis yang cik mia kasihi, kalaulah ada sang jejaka yang macam dalam hidup anda, silalah hargai dan terima mereka seadanya, kerana dunia harini sudah tak banyak jejaka yang sanggup buat apa sahaja untuk orang yang mereka cintai.
#Jangan menyesal kemudian hari, cik mia tak bertanggungjawab okay. Hihii.

10 APRIL 2012

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

Haruskah kita tahu siapa bekas kekasih pasangan kita?

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM WBT
Hi korangg, how are you today? Okayy harini Cik Mia akan share sikitt jeaa info sementara TAKE FIVE study ni, omegot omegott, paper sabtu dengan isnin buat cik mia stress habis. Sebab tu nak release tension jup dengan berkongsi something dengan korang.

Okay pasal final tolakk ketepi sekejap. Now cik mia teringin nak bertanya, pernah takk terlintas di benak fikiran anda semua, semasa dalam perjalanan pulang tiba-tiba rasa ingin tahu siapa bekas kekasih boyfriend or girlfriend pasangan anda? Cik mia serious cakap, perasaan ingin tahu itu terlalu membuak-buak dalam hati. 

Tapi bagi cik mia, sebenarnya lebih baik kita tidak payah tahu siapa cinta lalu pasangan kita. Sebab confirm anda akan rasa sakit hati bila pasangan kita bercerita saat-saat mereka sedang bersama. Lagi-lagii pulak tetiba tengah online anda ternampak mereka tengah seronokk tweet-tweet, facebook-ing and sebagainya. Masa tue rasa nak menangis laa, nak menjerit laa. Kan kan? Confirm punya.

Tapi, kalau kita tahu siapakah yang pernah bertakhta di hati pasangan kita, mesti kita akan jadi pengintip bersiri. Selidik sedalam-dalamnya tentang si bekas tadi. Duduk mana, siapa kawan dia, Belajar dekat mana and sebagainya. Kalau boleh, sampai apa warna kegemaran, makanan kegemaran pun kita nak selongkar. Bak kata orang, boleh jadikan pengukur di antara kita dan si bekas itu. Yang mana elok, kita praktikkan, dan yang mana teruk tu, kita perbaiki untuk jadi yang terbaik di mata pasangan kita.

Dalam setiap perkara yang kita buat ada tolak tariknya. Sama jugak seperti kes ini, ada baik dan buruknya. Tapi bagi cik mia, memang tak payah tahulah kalau boleh. Untuk mengelakkan selisihan paham di masa akan datang. #Cik Mia cemburu lebih sebenarnya, HAHAHA.

6 APRIL 2012

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

Tanda si jejaka benar jatuh cinta

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM WBT
Hello selamat petang korang :) Apa khabar anda semua harini? Cik mia doakan semua sihat belaka okay. Sebenarnya harini cik mia teringin nak share sesuatu untuk si gadis manis kenalpasti tanda seorang lelaki itu sayang kepada kita. Cik Mia yakin pasti ramai di antara beramai ini mempunyai kekasih hati, betulkan? Tapi pastikah korang yang si jejak itu betul-betul sayangkan korang? so, let's check it out :)

  • Jika si jejaka itu benar-benar jatuh cinta dan ikhlas untuk setia kepada korang, mereka akan berubah serta merta. semua tahu hati lelaki lebih keras daripada batu, tapi ianya akan berubah selembut kapas tika mereka sedang dilamun cinta. contohnya, si jejak sanggup korbankan serta lakukan apa sahaja selagi terdaya untuk si kekasih hati, bertuah kalau anda berjaya dapat si jejak itu. #cik mia laa orangnya, hihii
  • Korang tidak salah pilih pasangan hidup bila korang sedari si jejaka bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara dengan rela hati tanpa ada paksaan dari korang . Ternyatalah yang si jejaka itu bukannya inginkan satu hubungan suka-suka atau untuk mempergunakan perasaan korang, tapi semuanya kerana kuasa suci cinta mereka.
  • Selain itu, si jejaka sentiasa berusaha membuat kamu ketawa dan menghiburkan hati walau dengan apa cara semata untuk kamu gembira, itulah tandanya yang mereka serius dengan kamu. Mereka berasa sudah menjadi tanggungjawab untuk mereka menyenangkan hati insan istimewa yang berdampingan. #sidia sentiasa buat cik mia ketawa walaupun sidia tengah penat.
  • Dalam perhubungan, si jejaka akan jujur sejujurnya kepada kamu, kerana mereka tidak mahu belajar menipu orang yang mereka anggap paling penting dalam dunia selain keluarga. Jagalah mereka jika ada dia antara si jejaka korang yang ada sikap begini, takut menyesal nanti.
  • Si jejaka jugak akan mudah bergaul dan menerima kawan-kawan korang kerana mereka tidak mahu korang rasa sedih dan susah hati. Walaupun itu pertama kali si dia berjumpa dengan teman-teman anda. Si jejaka akan cuba menyesuaikan diri dan buat-buat macam dah berpuluh kali jumpa. #Teringat masa pertama kali cik mia bawak sidia jumpa kawan cik mia, amboii kalah bff dia layan.
  • Di samping itu, si jejaka akan selalu bertanya , " sayang, awak sayangkan saya?" hampir setiap masa bila bersama, janganlah korang berasa rimas dan kurang selesa. Ini semua kerana si dia tidak mahu kasih sayang korang luak seinci pun dari lubuk hati korang. Sebab itulah, pertanyaan itu akan diulang-ulang sentiasa untuk mengingatkan korang bahawa hati korang sudah dimilikinya.
  • Apabila korang di timpa masalah, si jejaka itulah terlebih dahulu datang menghulurkan bantuan. Itu tandanya sidia tidak mahu korang berasa susah hati dan tertekan menanggung kesusahan sendirian. Si dia juga akan menjadi yang paling rajin semata-mata untuk meringankan beban korang. Aduhhh bertuahnya siapa yang dapat si jejaka itu.
  • Gentleman. Si jejaka itu akan menjadi se-gentle yang boleh tak kira di hadapan sahabat korang dan jugak sahabat sidia, keluarga anda mahupun di hadapan anda sendiri. seperti membukakan pintu kereta untuk korang, lapkan sudu dan garfu untuk korang di kedai makan, menarikkan kerusi untuk korang bila singgah makan, pegangkan semua barang korang semata kerana taknak korang penat. Sesungguhnya jika ada di kalangan si jejaka itu yang korang dapat takluki, korang adalah gadis yang bertuah :)
  • Paling kelakar pabila si jejaka akan bersikap tak ubah seperti budak-budak kecil. Janganlah merasa bosan bila kadang-kala si jejaka berperangai manja-manja dan janganlah mengatakan sidia mengada-ngada kerana mungkin akan menguriskan hati kecilnya. Dan cubalah sesekali memujuk si jejaka jika rajuknya tiba. Tidak mudah seorang jejaka itu meruntuhkan egonya untuk berlagak macho dan mengubahnya menjadi si manja hanya untuk orang yang mereka sayang.
  • cemburu? tipulah kalau tiada langsung rasa cemburu itu timbul dalam hati si jejaka. kerana ternyata cemburu itu tandanya cintakan? Tapi apabila si jejaka mengetepikan rasa cemburu yang membuak dihati dan memberikan kepercayaan kepada korang untuk berkawan, janganlah sampai kepercayaan mereka itu hilang. Jika mereka sanggup mengetepikan rasa hati mereka untuk korang, sanggupkah korang menyakiti hati mereka dengan berlaku curang di belakang mereka? #Cik mia dah janji akan setia kerana bagi cik mia, sidia adalah satu dalam berjuta :)
  • Akhir sekali, pengorbanan yang paling besar akan dilakukan oleh si jejaka adalah dengan jelasnya si dia lebih menyayangi diri korang daripada dirinya sendiri. Contohnya sanggup menahan mata untuk menemani kamu belajar, sanggup membawa korang ke sana ke mari hanya untuk memenuhi kehendak korang walaupun si jejaka sebenarnya tidak sihat sama sekali. #Itulah yang ada pada si dia yang membuatkan cik mia bersumpah taknak carik yang lain.
Bagaimana? Adalah antara ciri-ciri yang cik mia berikan ini ada pada diri si jejaka korang? Jika betul-betul masih wujud spesis jejaka yang sebegini, tolonglah! cik mia mohon beribu kali mohon, jagalah sebaik mungkin. Janganlah anda lukakan hati mereka, kerana mereka betul-betul ikhlas mencintai korang tanpa harapkan balasan dan tidak akan pernah mengungkit sikit pun dengan pengorbanan yang telah si dia lakukan untuk korang. Sekian :)

5 APRIL 2012

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

Dari cinta monyet jadi cinta sejati

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM WBT
Hi para pembaca cik mia yang dirindui, cewahh macam ramai sangat ni. Setelah sekian lama cik mia tidak mencoretkan apa-apa disini, kali ini cik mia ingin cerita sedikit pasal peribadi cik mia .
Cik mia telah menemui kembali cinta zaman monyet masa sekolah-sekolah dulu. Pasti ramai di antara korang yang mempunyai cinta muda-mudi. amboi gatal ye! hihii.
Paling menyentuh perasaan, saat cik mia jatuh tertiarap dialah orang pertama muncul menjadi pengubat. Pernah korang terfikir, seorang kekasih yang pernah ditinggalkan datang kembali dan menghulurkan tangan saat kejatuhan korang? Cik mia langsung tak pernah terfikir dia datang kembali.
Dia sentiasa mencuba dan berusaha untuk membuat cik mia gembira. Cik mia yakin dia cinta sejati cik mia. Doakan kebahagiaan kami bersama, begitu jugak dengan korang yang mempunyai cinta, pupuklah cinta anda menjadi cinta sejati, jangan rosakkannya dengan onak serta duri kerana mungkin akan menyesal kemudian hari.Cerita banyak dekat sini pun tak guna jugak. Silalah tunggu entry seterusnya.

2 APRIL 2012

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

Cara melupakan orang yang kita sayang

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

ASSALAMUALAIKUM WBT

Hai selamat pagi kalian semua ;)harini cik mia tergerak hati nak share sedikit petua untuk melupakan seseorang yang kita sayang. sama dengan bekas kekasih lettew. hihi.Alaaa, ni semua datang dari kita ssendiri, kalau kita asyik menangis buang airmata tak guna jugakk. #macamcikMiaduludulu.

  • mula-mula sekali, buang or bakar lagi baik sedekahkan semua kenangan korang bersama kpada someone else. contohnya gambar-gambar yang korang ambil bersama. tak kira laa time movie ke, dalam kereta ke, makan ke, asalkan boleh membuatkan korang akan teringat balik. Baik delete cepat! ATAU hadiah pemberian si dia, if dia pernah bagi Blackberry ke Ipad ke, haa sedekah je dekat cik mia,lebih afdal! muahehe

  • Then step seterusnya, jangan sesekali hubungi dia lagi. Kalau boleh delete number, e-mail or apa-apa jelaa yang boleh korang berhubung kembali. kalau boleh blacklist or block terus dia dari contact korangg ye. But if korang masih boleh jadi kawan/sahabat why not korang terus berkawan. bagi cik mia tak salah.

  • Bagi yang rajin online macam cik mia, haaa jangan laa gatal tangan pergi buka page dia ke, profile dia kat facebook ke, blog ke, stalk gambar-gambar dia or apa sahaja laa tentang dia ye, nanti perasaan rindu dan sedih tu akan menyerang kembali. lagi-lagi bila si dia dah ada penganti. makan hati kau. #Lain laa mcm cik mia,superwomen. HAHA

  • kemudian, ingat benda buruk atau perkara jahat yang mereka pernah buat dekat korang. Kadang-kadang lebih banyak jahat daripada benda yang baik dorang lakukan ye takk. kalau tidak, takkan sampai melukakan hati dan perasaan korang. Ingat tu!

  • Selalu bermuhasabah diri. Jalan paling terbaik. rajin-rajin bertanya kepada diri "adakah dia yang terbaik dan terlalu sempurna untuk aku?", "bolehkah dia berikan kebahagiaan kepada aku?" Ingat kalau dorang berani buat macam-macam masa bercinta, apatah lagi di alam perkahwinan. Sesungguhnya lelaki mempunyai kelebihan iaitu kata-kata lebih manis daripada sugar candy.

  • Belajar memaafkan diri si dia. Walau dalam mana luka yang dihiris, anggaplah tiada siapa yang lebih sempurna daripada Muhammad SAW kekasih Allah SWT. Banyakkan berdoa dan yakin bukan jodoh korang untuk terus bersama.
Ini antara langkah di fasa pertama yang boleh korang lakukan sebelum menggunakan langkah yang lebih berkesan atau cara segera melenyapkan bayang si dia .

caranya kacang gorengg jeaa, carilah penganti si dia agar korang tidak lagi dibayangi atau dihantui oleh kenangan bersama dengan orang yang tidak selayaknya. Tapi harus ingat, bukan tujuan untuk menjadikan si kekasih baru tempat persinggahan, tapi ikhlaskan hati korang untuk jadikan si dia kekasih korang. Agar dia yang tidak bersalah mengalami nasib sama seperti kita. #Ehh bukan kita tapi korang, HAHAA

Okaylah, sekian itu saja petuaa cik mia untuk pagi sabtu yang ceria ini. selamat mencuba bagi yang baru putus cinta. Cheer up okay.
#Selalunya girls laa yang frust menonggeng camgini. lelaki ni hati keringg sikit, biasalah ego tinggikan. bytheway, ini sebahagian dari pengalaman cik mia, yang cik mia share-kan bersama :)


17 MARCH 2012

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

Call dan SMS Percuma Tanpa Batasan

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

ASSALAMUALAIKUM WBT
PING! PING! Haaa korangg biasa takk dengar bunyi tue? Alaaa dunia dah majulah katakan. Nowdays, budak kecik umur 6 tahun pon dahh pandai PING PING PONG bagai. Cuma mia jeaa agak kuno. Okayy, actually hari ini cik mia baik hati nak share satu tips untuk mengurangkan perbelanjaan membeli Topup sampai beratus-ratus sebulan. Eishhh #Membazir! Tak baik amalam syaitan. Then tak payah laa sampai selalu pinjam Cik SOS or Cik ADVANCE! Seriouss rugi-rugi sampai kena charge rm0.50. semua tu duit okay, bukannya FREE!

TAPI! Segalanya FREE bersama "VIBER". Apa special sangat dengan si VIBER ni? Kan dah bagitahu awal-awal tadi, nama pun tips mengurangkan belanja, mestilah korangg boleh SMS, MMS bahkan Call PERCUMA tanpa batas tak kira di pelusuk mana korang berada. Macam best kan? siapa takk suka dengar kan? Kalau duluu semua mengharapkan " Bilalah birthday aku nak sampai ni?" Gara-gara nak call percuma, kan? Sekarang tak payah  penat-penat tunggu setahun sekali punya Event tu, kini hari-hari pun boleh tau! #Cakap atau chat laa sampai Muntah! hewheww 

Lagi meluas rangkaian anda lagii UMPHHHH! "Handphone apa jeaa boleh boleh Install benda ini?," Macam-macam handphone boleh seperti Blackberry, iPhone, Android, Nokia dan jugak Window Phone tauu. and "So macam mana nak Install pulakk?," Bagi pengguna Blackberry, korang boleh Download dekat Blackberry App World, Untuk pengguna iPhone boleh dapatkan di Apple App Store, Bagi pengguna Nokia pergi dekat Nokia Ovi Store and bagi yang menggunakan Android langsung jeaa Download dekat Market. then " Bila jeaa boleh gunakan application ni?," Dimana sahaja asalkan ada akses Internet. alaa kan merata-rata tempat sekarang ada WIRELESS, Mobile Internet pun ada. Jangan risauu. Lagi-lagi, "Dengan siapa jeaa bolehh kita ber-VIBER?," Sudah tentunya dengan Mereka yang jugak mempunyai application Viber. Sama seperti rangkaian sosial lain contohnya Blackberry Messenger tuee! hihii :)

Bagi penggemar ber-texting juga korang boleh Download Application Whatsapp, tapi cuma message yang Free, call kena charge laa ye ^^ Terasa sangat penting Application ni semua saat-saat tengah malam duduk rumah Tiada kredit atau time tengah bulan gaji tak keluar, kene catu duit belanja. Hewhew. Bebel panjang pun tak guna, amek handphone korang sekarang dan  # cuba try test laa sendiri! Sekian itu sahaja Tips berguna daripada cik mia hari ini.

15 MARCH 2012

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

Mentor 6

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum, Hye korangg semuaa! siapaa tengok ujibakat MENTOR 6 haritu? mestii ramai yang geli hatikan tengok gelagat-gelagat mereka yangg datang audition tu, sama lerr kita. Mia pun tak ketinggalan ketawa terbahak-bahak mcam korang. Hihi. Ohh tahu takk yang Mentor-mentor tersebut telahh memilih protege mereka. haaa siapakahhh yangg dapat mencurik hati para mentor tersebut?
Adam : Abd Kadir Unding Lana ( 23 tahun )
Faizal Tahir : Anas Ridzuan ( 23tahun )
Ferhad : Salwani Sawi ( 18 tahun )
Ella : Puteri Caroline Mohd Kamel ( 20 tahun )
Ogy Ahmad Daud : Zatul
Ramlah Ram : Ana Syuhada Noor Asram ( 21 tahun )
Nampaknya Mentor 6 dikuasai oleh 4 gadis dan 2 jejaka. Adakah mentor kali ini lebih menyengat daripada yang sebelumnya? Sama-sama kita nantikan! Jyeahhhh :)


ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

Tentang boys bila bercinta. Girls alert!

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

ASSALAMUALAIKUM WBT
Haiii buddies sekalian Alam :) Atotoo dah 20 hari tanpa sebarang KHABAR mahupun BERITA daripada #mia meowmeow? Rindu tak rindu takk? HIHI. Sorry ye kalian. Kali ni mia ingat nakk update tentang informasi yang berguna daripada tentang kehidupan harian mia. So cer baca TITLE atas tue hape, haaa mehh sini mia habaq mai tentang apa yang boleh buat hubungan kalian dengan boboy kalian renggang akhirnya musnah begitu sahaja.
BACA INI!
*JANGAN TERLALU MENDESAK DAN BANYAK MEMBEBEL
- Alaaa biasalah kan gadis2 kalau boboy tak balas text ke mesti fikir yang boboy kalian dah tak sayang laa, ada orang lain laa. Please girls, lelaki sangat rimas bila kita terlalu mendesak, contohnya;

" b, kenapa tak text baby harini, balas laa.."
" sayang, you pergi mana jea harini, dengan perempuan lain ke haa? "

Atotoo, Bukan acamtue nakk tunjukkan yang korang ni caring kat boboy korang tue. buang laaa jauh2 perangai begitu ye kalau nakk hubungan korangg sentiasa #coolandsteady

*ULANG-ULANG TANYA BENDA YANG SAMA
" You sayang I tak,"
" you ada orang lain ke selain I?"
" You sayangkan I banyak Mana?"

Pagi tanda, sat lagii tengahari tanya lagi, malam pun tanya lagi, Ehh ulang-ulang pulakk jadi rutin harian. Adoii, cukup laaa kalau kita tanya sesekali. ALERT! lelaki cepat bosan. Korang mungkin berbunga-bunga bila dorang jawab " Yes I sayangkan you sedalam lautan dan seluas langit terbentang ". Tapi ingat, Mereka BOSAN kalau tanya benda yang sama sentiasa.

*QUEEN CONTROL
Aishhh, kalau mia jadi boboy kepada si QUEEN CONTROL ni pon rasa nak bagi LIMA jeaaa kat muka. Acecehh , gurau jea. Alaaa chill laa girls, jangan laa terlalu control sampai itu ini kene report 24/7 kann. belum sahh lagi pongg kau jadi hak milik dia.

*BEBASKAN SI DIA UNTUK BERKAWAN
Rilex jeaa bila dia dengan kawan dia, yes maybe bila dia dengan kawan2 dia akan malas layan korang, tapii bagi laa space and privacy si dia berkawan. Kalau si dia memekak terlolong bila korang nak chillex dengan kawan korang pun korang rimas kan. haaa acamtue laaa dengan si dia.

*HOBI DAN KEGEMARAN
Haaa, korang haruslah hormat hobi dan jugak kegemaran dorang. jangan korang pepandai pulak nak tentukan apa hobi yang patut and tak patut dorang buat okay. FOLLOW THE FLOW jeaa, InsyaAllah, hubungan korang makin dibajai dengan pemahaman antara satu sama lain.

*SELIDIK DAHULU SEBELUM MELAKUKAN SESUATU
Adoii, bila ada orang bawak mulut cakap si dia acam ni acam tu, korang jangan #LURUSBENDUL percaya seketul-seketul apa orang cakap. cer bawak tanya duluu daripada si dia, tak pon kawan2 dia. Tak pasal2 sebab tindakan korang, korang akan kehilangan dia.

*MENIPU
Okayy, bahaya! Ini paling2 yang sangat dibenci oleh si dia apabila ditipu , dibohongi. Sebab bagi dorang, bagaikan kepercayaan yang diberi telah dikhianati. Atoto. sebaik2nya jujurlah dalam perhubungan kalau korang betul2 sayangkan si dia. tapi kalau terpaksa untuk mengelakkan sebarang masalah lebih teruk, diharuskanlah :)

*MELARANG UNTUK BERKAWAN DENGAN LAIN JANTINA
Hmmm, biasalah tu cemburu. Tapi tu kan tanda sayang. Tapii bagi mia laaa kalau boleh jangan laa melarang keras untuk si dia tak boleh berkawan langsung dengan girls lain. Berkawankan tak salah.

Baiklah itu sedikit sebanyak yang boleh mia share kan bersama. Ini jugak merupakan hasil rujukan daripada internet dan pengalaman. actually semua benda ni kebanyakkan mia pernah lakukan and now mia dah sedar yang semua tue hanya akan burukkan lagi keadaan. lama2 kalau korang selalu praktis mesti korang dapat atasi daripada melakukan benda2 yang disenaraikan.

Sekian, THANKYOUU :)

22 FEBRUARI 2012

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

Takdo title. Muahihii :*

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM WBT

Hello Hello semua! sihat ke tidakk? #Miajeayangtaksihat. Muahehe. Tapi dah jumpa dokter dahh tadii. Tapi gila tak suka bila dokter cakap " Amira, kamu banyakkan rehat, makan ubat dan jangan lupa minum Air masak banyak ye." #Taksukalahairmasak :( Ehhh nakk tanya sikitt, comel takk pic kat atas tue? Bersama hubby bunny mia laaa! kegilaan melanda di subuh hari sampaikan kunci kereta tertinggal dalam kereta. #kalinidiayangcarelessbukanmiaokay. Hihiii.
Ehh mentang2 dahh bersepah bloga mia nie sebab dah lama tak update, panjang2 pulak mukhadimah mia nie ken, muhihii. Okayy now dahh bulan FEB dahh pongg ken, cepatt nyoo masa berlalu dehh. Azam tahun 2012 banyak lagii nakk di complete kann ohh. Ohh yeahh, rambutt mia makin pendekk lagii ohh.
Ghamaii yangg tegur muka mia dahh lainn, muahihii. Mana adoo laa, nie still mia ohh. Anakk melayu tulen kepada Mazrina Paimin dengan Raja Idris Raja Hamid. Takdo laa mix china kerk, Jepon kerk, Korea kerk ehh. Alang2 dah potong rambut tue, haa biarkan pendekk teruss. best pulak rasanya berambut pendek, Mudah dan ringkas! ngeee xD
Hape pon, Cinta mia kepada tuan punya gambar kat atas sana masih tetap utuh dan makin menebal. Awww ayatt! Takdo siapa pong bolehh buatt mia sayang dia macam syafeq azwan nih buat. #NEVER! FULLSTOP!
2 FEBRUARI 2012

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

short hairstyle

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
ASSALAMUALAIKUM WBT~
Hai korangg! lama gila tak dengar khabar berita dari mia ken? Okay now mia sihat alhamdullilah, korang amacam? sihat jugak hendaknya ye. adoii dahhh tinggi benor lalang kat dalam bloga mia nih kan, eish2. dek kerana kemalasan nak update, haaa cengini ler jadiknye. muahehe.
Okengg puyauu buangg masa actually nampak tak post title mia? SHORT HAIR. Orite kalau nampak bagus lerr, haaa minggu lepas mia dengan berat hati telah memutuskan untuk memotong rambut panjang mia tue keparas bahu. asal dari pinggang, and belah depan paras bahu, now mia just trim yg depan tue, yg belakang mia dah shortkan sampai leher, BOB HAIRSTYLE Laa konon, HAHA!
Katmana mia potong? Haaa dekat CHEZ HAIRSTUDIO Jeaa pon, dekat mana tue? dekat THE PLATINUM DANAU KOTA ( Sebelah FESTIVAL CITY ). Tempat tue memang mostly artis lerr yang pergi, so berangan nak jadi artis, mia pongg pergilah kat situ. Kedai dia memang superb cantek, Harga dia, ehhh murahh jugakk. tambah jeaa 4 5 hengget dari kedai aso biasa kat pekan2 tue. muakaka. so mia syorkan kepada siapa yang nakk service terbaik, moh laa ke CHEZ HAIRSTUDIO #Promotebentar!
BEFORE
AFTER
Kalau buruk ignore kan jea, jangan HINA ye. muahehe :*
p/s : pakwe saya jatuh cinta lagi sekali dengan saya. How sweet!
23 Jan 2012

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

ATTENTION! Semua yang ade dalam kawasan ini adalah HARTA KARUN Meowmeow Diaries :D