BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tanda si jejaka benar jatuh cinta

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM WBT
Hello selamat petang korang :) Apa khabar anda semua harini? Cik mia doakan semua sihat belaka okay. Sebenarnya harini cik mia teringin nak share sesuatu untuk si gadis manis kenalpasti tanda seorang lelaki itu sayang kepada kita. Cik Mia yakin pasti ramai di antara beramai ini mempunyai kekasih hati, betulkan? Tapi pastikah korang yang si jejak itu betul-betul sayangkan korang? so, let's check it out :)

  • Jika si jejaka itu benar-benar jatuh cinta dan ikhlas untuk setia kepada korang, mereka akan berubah serta merta. semua tahu hati lelaki lebih keras daripada batu, tapi ianya akan berubah selembut kapas tika mereka sedang dilamun cinta. contohnya, si jejak sanggup korbankan serta lakukan apa sahaja selagi terdaya untuk si kekasih hati, bertuah kalau anda berjaya dapat si jejak itu. #cik mia laa orangnya, hihii
  • Korang tidak salah pilih pasangan hidup bila korang sedari si jejaka bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara dengan rela hati tanpa ada paksaan dari korang . Ternyatalah yang si jejaka itu bukannya inginkan satu hubungan suka-suka atau untuk mempergunakan perasaan korang, tapi semuanya kerana kuasa suci cinta mereka.
  • Selain itu, si jejaka sentiasa berusaha membuat kamu ketawa dan menghiburkan hati walau dengan apa cara semata untuk kamu gembira, itulah tandanya yang mereka serius dengan kamu. Mereka berasa sudah menjadi tanggungjawab untuk mereka menyenangkan hati insan istimewa yang berdampingan. #sidia sentiasa buat cik mia ketawa walaupun sidia tengah penat.
  • Dalam perhubungan, si jejaka akan jujur sejujurnya kepada kamu, kerana mereka tidak mahu belajar menipu orang yang mereka anggap paling penting dalam dunia selain keluarga. Jagalah mereka jika ada dia antara si jejaka korang yang ada sikap begini, takut menyesal nanti.
  • Si jejaka jugak akan mudah bergaul dan menerima kawan-kawan korang kerana mereka tidak mahu korang rasa sedih dan susah hati. Walaupun itu pertama kali si dia berjumpa dengan teman-teman anda. Si jejaka akan cuba menyesuaikan diri dan buat-buat macam dah berpuluh kali jumpa. #Teringat masa pertama kali cik mia bawak sidia jumpa kawan cik mia, amboii kalah bff dia layan.
  • Di samping itu, si jejaka akan selalu bertanya , " sayang, awak sayangkan saya?" hampir setiap masa bila bersama, janganlah korang berasa rimas dan kurang selesa. Ini semua kerana si dia tidak mahu kasih sayang korang luak seinci pun dari lubuk hati korang. Sebab itulah, pertanyaan itu akan diulang-ulang sentiasa untuk mengingatkan korang bahawa hati korang sudah dimilikinya.
  • Apabila korang di timpa masalah, si jejaka itulah terlebih dahulu datang menghulurkan bantuan. Itu tandanya sidia tidak mahu korang berasa susah hati dan tertekan menanggung kesusahan sendirian. Si dia juga akan menjadi yang paling rajin semata-mata untuk meringankan beban korang. Aduhhh bertuahnya siapa yang dapat si jejaka itu.
  • Gentleman. Si jejaka itu akan menjadi se-gentle yang boleh tak kira di hadapan sahabat korang dan jugak sahabat sidia, keluarga anda mahupun di hadapan anda sendiri. seperti membukakan pintu kereta untuk korang, lapkan sudu dan garfu untuk korang di kedai makan, menarikkan kerusi untuk korang bila singgah makan, pegangkan semua barang korang semata kerana taknak korang penat. Sesungguhnya jika ada di kalangan si jejaka itu yang korang dapat takluki, korang adalah gadis yang bertuah :)
  • Paling kelakar pabila si jejaka akan bersikap tak ubah seperti budak-budak kecil. Janganlah merasa bosan bila kadang-kala si jejaka berperangai manja-manja dan janganlah mengatakan sidia mengada-ngada kerana mungkin akan menguriskan hati kecilnya. Dan cubalah sesekali memujuk si jejaka jika rajuknya tiba. Tidak mudah seorang jejaka itu meruntuhkan egonya untuk berlagak macho dan mengubahnya menjadi si manja hanya untuk orang yang mereka sayang.
  • cemburu? tipulah kalau tiada langsung rasa cemburu itu timbul dalam hati si jejaka. kerana ternyata cemburu itu tandanya cintakan? Tapi apabila si jejaka mengetepikan rasa cemburu yang membuak dihati dan memberikan kepercayaan kepada korang untuk berkawan, janganlah sampai kepercayaan mereka itu hilang. Jika mereka sanggup mengetepikan rasa hati mereka untuk korang, sanggupkah korang menyakiti hati mereka dengan berlaku curang di belakang mereka? #Cik mia dah janji akan setia kerana bagi cik mia, sidia adalah satu dalam berjuta :)
  • Akhir sekali, pengorbanan yang paling besar akan dilakukan oleh si jejaka adalah dengan jelasnya si dia lebih menyayangi diri korang daripada dirinya sendiri. Contohnya sanggup menahan mata untuk menemani kamu belajar, sanggup membawa korang ke sana ke mari hanya untuk memenuhi kehendak korang walaupun si jejaka sebenarnya tidak sihat sama sekali. #Itulah yang ada pada si dia yang membuatkan cik mia bersumpah taknak carik yang lain.
Bagaimana? Adalah antara ciri-ciri yang cik mia berikan ini ada pada diri si jejaka korang? Jika betul-betul masih wujud spesis jejaka yang sebegini, tolonglah! cik mia mohon beribu kali mohon, jagalah sebaik mungkin. Janganlah anda lukakan hati mereka, kerana mereka betul-betul ikhlas mencintai korang tanpa harapkan balasan dan tidak akan pernah mengungkit sikit pun dengan pengorbanan yang telah si dia lakukan untuk korang. Sekian :)

5 APRIL 2012

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

No comments:

ATTENTION! Semua yang ade dalam kawasan ini adalah HARTA KARUN Meowmeow Diaries :D