BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Cara melupakan orang yang kita sayang

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

ASSALAMUALAIKUM WBT

Hai selamat pagi kalian semua ;)harini cik mia tergerak hati nak share sedikit petua untuk melupakan seseorang yang kita sayang. sama dengan bekas kekasih lettew. hihi.Alaaa, ni semua datang dari kita ssendiri, kalau kita asyik menangis buang airmata tak guna jugakk. #macamcikMiaduludulu.

  • mula-mula sekali, buang or bakar lagi baik sedekahkan semua kenangan korang bersama kpada someone else. contohnya gambar-gambar yang korang ambil bersama. tak kira laa time movie ke, dalam kereta ke, makan ke, asalkan boleh membuatkan korang akan teringat balik. Baik delete cepat! ATAU hadiah pemberian si dia, if dia pernah bagi Blackberry ke Ipad ke, haa sedekah je dekat cik mia,lebih afdal! muahehe

  • Then step seterusnya, jangan sesekali hubungi dia lagi. Kalau boleh delete number, e-mail or apa-apa jelaa yang boleh korang berhubung kembali. kalau boleh blacklist or block terus dia dari contact korangg ye. But if korang masih boleh jadi kawan/sahabat why not korang terus berkawan. bagi cik mia tak salah.

  • Bagi yang rajin online macam cik mia, haaa jangan laa gatal tangan pergi buka page dia ke, profile dia kat facebook ke, blog ke, stalk gambar-gambar dia or apa sahaja laa tentang dia ye, nanti perasaan rindu dan sedih tu akan menyerang kembali. lagi-lagi bila si dia dah ada penganti. makan hati kau. #Lain laa mcm cik mia,superwomen. HAHA

  • kemudian, ingat benda buruk atau perkara jahat yang mereka pernah buat dekat korang. Kadang-kadang lebih banyak jahat daripada benda yang baik dorang lakukan ye takk. kalau tidak, takkan sampai melukakan hati dan perasaan korang. Ingat tu!

  • Selalu bermuhasabah diri. Jalan paling terbaik. rajin-rajin bertanya kepada diri "adakah dia yang terbaik dan terlalu sempurna untuk aku?", "bolehkah dia berikan kebahagiaan kepada aku?" Ingat kalau dorang berani buat macam-macam masa bercinta, apatah lagi di alam perkahwinan. Sesungguhnya lelaki mempunyai kelebihan iaitu kata-kata lebih manis daripada sugar candy.

  • Belajar memaafkan diri si dia. Walau dalam mana luka yang dihiris, anggaplah tiada siapa yang lebih sempurna daripada Muhammad SAW kekasih Allah SWT. Banyakkan berdoa dan yakin bukan jodoh korang untuk terus bersama.
Ini antara langkah di fasa pertama yang boleh korang lakukan sebelum menggunakan langkah yang lebih berkesan atau cara segera melenyapkan bayang si dia .

caranya kacang gorengg jeaa, carilah penganti si dia agar korang tidak lagi dibayangi atau dihantui oleh kenangan bersama dengan orang yang tidak selayaknya. Tapi harus ingat, bukan tujuan untuk menjadikan si kekasih baru tempat persinggahan, tapi ikhlaskan hati korang untuk jadikan si dia kekasih korang. Agar dia yang tidak bersalah mengalami nasib sama seperti kita. #Ehh bukan kita tapi korang, HAHAA

Okaylah, sekian itu saja petuaa cik mia untuk pagi sabtu yang ceria ini. selamat mencuba bagi yang baru putus cinta. Cheer up okay.
#Selalunya girls laa yang frust menonggeng camgini. lelaki ni hati keringg sikit, biasalah ego tinggikan. bytheway, ini sebahagian dari pengalaman cik mia, yang cik mia share-kan bersama :)


17 MARCH 2012

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

No comments:

ATTENTION! Semua yang ade dalam kawasan ini adalah HARTA KARUN Meowmeow Diaries :D