BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

DIY Project - Bilik Pengantin

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM WBT

Tak sah rasanya jadi raja sehari kalau takde bilik pengantin kan? YA! Pada mulanya memang CikMia rasa tak perlulah nak bilik-bilik pengantin bagai ni, serabut otak nak memikirkan lagi pula dengan ketiadaan bilik untuk dijadikan bilik pengantin, tapi diatas jasa baik pakcik kesayangan CikMia ni, dia volunteer CikMia guna biliknya. Yelaaa, dah alang-alang CikMia akan gunakan rumahnya sebagai rumah bertanggak. Lagipun di situ akan ada majlis Malam Berinai pada malam sehari sebelum CikMia akan diijabkabulkan khamis ni.

Mula terpikir penting jugak bilik pengantin, Mana taknya dah hire MUA yang agak meletops kedebabom tapi biliknya ala kadar, alaaa tak best la kan, so terpaksalah dicarikan barang-barang untuk dihias di dalam bilik tu nanti. Bytheway nak tau siapa MUA nya? Tunggu next entry atau mungkin selepas majlis. Suprise sikit. hihi.

Sememangnya CikMia tak mengemari bilik pengantin yang penuh bunga macam kebanyakan dibuat oleh penghias bilik pengantin. SERABUT! Biarlah bilik tu simple but gorgeous gitu! CikMia sangat sukakan konsep ringkas dan modern. Si Jejaka setuju ajaaa, yang penting duit dihulurnya. Muahihi.

Jadi petang tadi CikMia, Mama dan Si Jejaka telah nekad untuk menempuhi JAMMED nak ke sogo tu. Almaklum, Sogo kan tengah SALE! So kita serbu jelaaaa. Pusing punya pusing ternampaklah set cadar yang berkenan dihati. Simple sesangat, main color je and plain. Tapi tu yang diinginkan dari awal, simple but nice. Yelaa, lepas ni boleh guna terus kat rumah sendiri, so dah jimat disitu. See kena bijak merangka strategi.

Set cadar yang menjadi pilihan CikMia, Mama dan Si Jejaka adalah Fully Cotton, Ada two-tone color, dan yang paling penting harganya TipTop sampai Pakcik tersayang kata, " Kau biar betul, murahnya! Kain sedap ni. " Well see the legs la, sudah CikMia jadi Bride-to-be masuk bakul angkat sendiri. Takleh jadi nih.




Okay so ini adalah rujukannya yang hasil gigih dan bantuan CikGoogle. CikMia akan mix and match kan beberapa elemen antara ketiga-ketiga gambar di atas. InshaALLAH, bilik pengantin ni akan siap dihias sebelum rabu dan usaha sama dengan pakcik tersayang. So tunggu dan lihat hasilnya. Dup dap dup dap. Ahhhh malasnya nak meniaga esok dan ahad. Tapi demi mencari rezeki, mana tau dapat rezeki lebih dapat tampung apa yang patut lagi. Amin.

Okay CikMia kena bobok ni, esok meniaga! See Ya


ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

No comments:

ATTENTION! Semua yang ade dalam kawasan ini adalah HARTA KARUN Meowmeow Diaries :D