BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Haruskah kita tahu siapa bekas kekasih pasangan kita?

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM WBT
Hi korangg, how are you today? Okayy harini Cik Mia akan share sikitt jeaa info sementara TAKE FIVE study ni, omegot omegott, paper sabtu dengan isnin buat cik mia stress habis. Sebab tu nak release tension jup dengan berkongsi something dengan korang.

Okay pasal final tolakk ketepi sekejap. Now cik mia teringin nak bertanya, pernah takk terlintas di benak fikiran anda semua, semasa dalam perjalanan pulang tiba-tiba rasa ingin tahu siapa bekas kekasih boyfriend or girlfriend pasangan anda? Cik mia serious cakap, perasaan ingin tahu itu terlalu membuak-buak dalam hati. 

Tapi bagi cik mia, sebenarnya lebih baik kita tidak payah tahu siapa cinta lalu pasangan kita. Sebab confirm anda akan rasa sakit hati bila pasangan kita bercerita saat-saat mereka sedang bersama. Lagi-lagii pulak tetiba tengah online anda ternampak mereka tengah seronokk tweet-tweet, facebook-ing and sebagainya. Masa tue rasa nak menangis laa, nak menjerit laa. Kan kan? Confirm punya.

Tapi, kalau kita tahu siapakah yang pernah bertakhta di hati pasangan kita, mesti kita akan jadi pengintip bersiri. Selidik sedalam-dalamnya tentang si bekas tadi. Duduk mana, siapa kawan dia, Belajar dekat mana and sebagainya. Kalau boleh, sampai apa warna kegemaran, makanan kegemaran pun kita nak selongkar. Bak kata orang, boleh jadikan pengukur di antara kita dan si bekas itu. Yang mana elok, kita praktikkan, dan yang mana teruk tu, kita perbaiki untuk jadi yang terbaik di mata pasangan kita.

Dalam setiap perkara yang kita buat ada tolak tariknya. Sama jugak seperti kes ini, ada baik dan buruknya. Tapi bagi cik mia, memang tak payah tahulah kalau boleh. Untuk mengelakkan selisihan paham di masa akan datang. #Cik Mia cemburu lebih sebenarnya, HAHAHA.

6 APRIL 2012

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

No comments:

ATTENTION! Semua yang ade dalam kawasan ini adalah HARTA KARUN Meowmeow Diaries :D