BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tips melegakan selsema tersumbat

Assamualaikum WBT

Siapa pernah mengalami gejala selsema then hidung tersumbat? Alahai mesti tak selesakan lagi-lagi bila ia menganggu konsentrasi kita nak buat kerja atau menyukarkan kita nak tidurkan? Siapa selesa bila kita susah nak bernafas betul tak? Harini Mia nak share sikit Tips untuk melegakan hidung akibaf tersumbat tu. Mudah sahaja!

Mula-mula korang ambil air panas secawan macamtu, takyah banyak. Cukup sekadar secawan. Senang sikit nak buat benda ni. Make sure air masih panas dan berasap lah ye. Caution tau! Panas tu ( Mia tak galakkan cara ni buat untuk kanak-kanak )

Then korang halakan hidung korang ke permukaan cawan itu tadi. Korang bernafas kemudian hembus, then tarik lagi nafas dalam-dalam dan hembus lagi. Ulanglah 2 3 kali seperti itu.

Dan korang akan rasa ada cecair akan mengalir. Cepat-cepat hembus ( Tips: sediakan kain lap siap-siap ) Then ulanglah seberapa banyak cara tadi tu sampai korang betul-betul lega.

Mudahkan? Lepas ini tak perlulah kita terlalu bergantung pada ubat lagi. Kalau tak boleh tidur dek di ganggu hidung tersumbat, cubalah cara ini. Mia pun selalu buat bila stress melayan hidung tetiba tersumbat.

Okay, lain kali Mia share TIPS lain ya kalau ada! Selamat berpuasa semua.

Wasalam,
Miera Akina

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

No comments:

ATTENTION! Semua yang ade dalam kawasan ini adalah HARTA KARUN Meowmeow Diaries :D