BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

DEWAN BANQUET SAPURA

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM WBT

Syukur Alhamdullilah ada juga dewan untuk dijadikan tempat majlis hari persandingan CikMia. Sebenarnya, nak dijadikan cerita, mula-mula sekali dewan yang dijadikan pilihan adalah dewan di WISMA SEJARAH, Tapi sayangnya , dewan tersebut telah FULL BOOKING. Huaaaaaa!! Mana taknya, lagi 6 bulan nak kahwin baru terhegeh-hegeh nak booking, kan padan muka kau CikMia oiii.

So, bincang punya bincang dengan si jejaka dan keluarga, ayah pun bagi cadangan Dewan Pusat Latihan Dewan Bandaraya yang baru buat dalam setahun tu, Dewannya not bad la beraircond dan berhampiran je dengan rumah CikMia. So, ayah volunteer diri untuk menanyakan availibility dewan tersebut. Tunggu punya tunggu surat jawapan dari pihak DBKL, akhirnya berbalaslah selepas sebulan setengah. ( Untuk makluman korang, ayah CikMia telah menulis surat untuk memohon menyewa dewan tersebut ye.. )
Tapi jawapannya begitu menghampakan. Menurut surat tersebut, mereka hanya berikan kebenaran menyewa kepada kakitangan DBKL sahaja, so keluarga CikMia memang takde kena-mengena dengan DBKL ni. So mula la episod semak kepala.

Dalam keserabutan yang melanda, ayah kesayangan CikMia bagi berita gumbira yang dia dah dapatkan dewan untuk hari berbahagia CikMia tu nanti. Mau tak gembira masa tu, memang hipphipp horeeeyy! Sebenarnya dalam diam, ayah CikMia menyelak-yelak koleksi buku PESONAPENGANTIN dan PERKAHWINAN yang setiap bulan CikMia beli. Haaaaa siapa tak terharu weehhh! I love youuuu ayah!

So lepas je ayah call orang tersebut yang merupakan orang katering yang menyediakan dewan sekali iaitu LAKSAMANA TUJUH BARAKAH ( Tekan Sini ) , hari tu juga CikMia, Ayah dan Si Jejaka pergi Site Visit Dewan Sapura tersebut yang terletak lebih kurang 5KM je dari rumah CikMia. Sesampai di Dewan tersebut memang terus Falling in love gituuuu dengan dewan tu. Mana taknya, Viewnya adalah Tasik Mines dan sangat berhampiran PALACE GOLDEN HORSES. So deal punya deal dan mencapai kata sepakat, tanpa memikir panjang, maka Ayah membayar pendahuluan, kiraa booking terus. Gila noks 4 bulan lagi nak Majlis dewan takde? Jangan main gila. Jadinya selesai lah satu bab yang merungsingkan kepala CikMia, si jejaka dan keluarga.

So jom kita cuci mata dengan gambar-gambar teaser DEWAN BANQUET SAPURA @MINES tu, gambar ni hanyalah belas ihsan dari Cik Google.




Nak tahu macamana dekorasi Dewan tersebut dan sebagainya? Nantikan. CikMia sendiri sangatlah tidak kesabaran. HAAHAHA. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. AMIN.

SEE YA!

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

No comments:

ATTENTION! Semua yang ade dalam kawasan ini adalah HARTA KARUN Meowmeow Diaries :D