BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ketahui rahsia cinta seorang jejaka

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM WBT
Jatuh cinta dan putus cinta sudah menjadi asam garam seorang remaja yang meniti hari dewasa. Dalam langkah perjalanan mengenal ranjau dunia serta melakarkan sejuta pengalaman di alam percintaan.
Cik Mia percaya ramai yang serik untuk mencari cinta baru setelah cinta lamanya dimusnahkan dengan sekelip mata, khususnya cik mia tujukan untuk para gadis. #cik mia pun selalu terkono macam korang jugekk. Namun sampai bila pulak korang nak setia dengan title " SINGLE AND NOT AVAILABLE" ? Seharusnya kita perlulah bijak dalam memilih siapakah yang selayaknya memiliki hati kita. Bukan paras rupa serta harta benda jadi kayu pengukurnya. #Actually topik harini hampir serupa dengan topik 3 4 hari lepas, cik miasahaja share-kan lebih jelas lagi :D

Antara ciri-ciri yang dapat dikenalpasti sebenarnya si jejaka itu betul-betul cintakan anda :

1) Si jejaka selalu ingin membuatkan kekasihnya terhibur dan berubah demi menyenangi hati si kekasihnya.

2) Si jejaka cuba mengongkong kebebasan kekasihnya kerana si dia merasa cemburu yang membuak-buak. #Itu seperti sentiasa ambil berat tentang apa, dengan siapa, di mana, buat apa. segalanya yang anda lakukan.

3) Si jejaka sentiasa akan mengekori langkah kekasihnya kerana bimbang jika kekasihnya dikacau oleh sang jejaka yang lain.

4) Si jejaka cepat merajuk dan cemburu apabila kekasihnya cerita tentang orang lain yang meminatinya atau tidak menumpukan perhatian kepadanya. #Alahaii sama macam encik buah hati cik mia laa. comel jea.

5) Si jejaka akan jadi orang yang paling rajin dan sanggup tak tidur semata-mata nak temankan si kekasihnya buat kerja atau mengulangkaji pelajaran. #En. buah hati sanggup bersengkang mata semata-mata nak teman cik mia belajar.

6) Si jejaka mula tidak tenteram pabila kekasih hatinya berjauhan dengannya terlalu lama.

7) Si jejaka 100 kali lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

8) Si jejaka hanya akan melayan perempuan lain jika ada urusan yang penting sahaja. Kalau takde, sorry to say laa, yang girls lain tu pergi main jauh-jauh ye.

9) Si jejaka akan sentiasa memuji dan membanggakan kekasihnya di hadapan kawan-kawannya.

10) Pabila munculnya orang ketiga, si jejaka akan mati air dan melakukan apa cara sekalipun untuk mendapatkan kekasih hatinya kembali.

11) Si jejaka juga tidak akan main kayu 2 3 atau pasang #SPARE TYRE . Kalau si jejaka berbuat demikian bermakna dirinya belum 100% menyintai kekasihnya.

12) Bila si jejaka betul-betul jatuh cinta, dia akan sedaya upaya melakukan sesuatu untuk kekasihnya tanpa paksaan dan rela.

13) Si jejaka tidak jemu akan menasihati kekasihnya kerana dia terlalu menyayangi kekasihnya.

14) Si jejaka takut akan kehilangan cinta kekasihnya.

15) Si jejaka rasa kurang selesa apabila ada jejaka lain yang mendekati gadisnya. Senang cerita tak suka langsunglah. 

16) Kadang-kala, si jejaka tidak ubah seperti kanak-kanak yang mahukan perhatian si gadisnya. #Cik mia suka sangat tengok gelagat encik buahati bila manja dia sampai, HAHA

17) Si jejaka akan sentiasa mengawasi keselamatan sang kekasihnya. #Untunglah bila ada body guard plus abang sayang macam gini.

18) Si jejaka juga akan sentiasa mengulangi soalan yang sama hampir setiap masa. " awak sayang saya?" " awak cintakan saya?" . Ini semua kerana si dia tidak mahu cinta dari gadisnya pudar.

19) Si jejaka akan sentiasa menghabiskan waktu bersama si gadisnya daripada mengorbankan masa untuk dirinya sendiri.

20) Si jejaka akan mempercayai gadisnya dan sanggup bagi harta mahupun nyawanya sendiri.

21) Si jejaka akan mengalirkan titisan airmatanya hanya untuk gadis yang benar tulus ikhlas dia cintai. Bukan mudah untuk jejaka menangis hanya untuk seorang perempuan.

Wahai cik gadis yang cik mia kasihi, kalaulah ada sang jejaka yang macam dalam hidup anda, silalah hargai dan terima mereka seadanya, kerana dunia harini sudah tak banyak jejaka yang sanggup buat apa sahaja untuk orang yang mereka cintai.
#Jangan menyesal kemudian hari, cik mia tak bertanggungjawab okay. Hihii.

10 APRIL 2012

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

No comments:

ATTENTION! Semua yang ade dalam kawasan ini adalah HARTA KARUN Meowmeow Diaries :D