BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Kehidupan seorang Miera Akina

Assalamualaikum WBT.

Ya Allah!! Lamanya tak menulis di blog. Rindu teramatlah rindu! More than 1year okay meninggalkan blog tercinta ini. Alahai. Apalah yang Mia sibukkan sangat kan sampai berhabuk blog ni jadinya. Amboii tittle Mia harini, kehidupan seorang Miera Akina gitu.

Selepas setahun berlalu, macam-macam dah berubah sekarang. Kalau setahun yang dulu, Mia adalah seorang gadis yang masih bujang. Tapi, hari ini Mia adalah seorang gadis ( gadis sangat ) yang telah pun di sunting pada 2 Mei 2014 menjadi isteri orang. Haaa kerlas gitu kan. Dan lebih best nya, Mia merupakan Mommy kepada seorang putera raja, Muhammad Ayden Arrian Qhalish b. Muhamad ( amboi nama anak kalah mommy dia ) .

Alhamdullilah, bersyukur teramat bersyukur kerana selepas sahaja di sunting menjadi bidadari dalam hidup En. Muhamad, Mia terus disahkan mengandung. Kira bunting pelamin lah Mia ni, siapa tak suka dapat rezeki awal kan! So, 16 Januari 2015 Mia selamat melahirkan Ayden secara normal. Kecil-kecil cili padi ye, jangan pandang si kecil sebelah mata.

Yes, kehidupan Mia totally berubah. Disamping kesibukan menguruskan business Mia sendiri, ( Mia aktif di IG ) Mia jugak sentiasa disibukan diri diri dengan tugasan seorang surirumah tangga dan jugak seorang mommy. Tapi, sangat bersyukur tau sebab dihadiahkan seorang suami yang sangat-sangat membantu Mia menguruskan kehidupan seharian. So, takdelah Mia huru-hara jadinya menguruskan rumahtangga ( even Mia ni memang clumsy )

Okay, mulai harini In shaa Allah Mia akan mengisi masa senggang dengan tulis kat blog ni, walaupun Mia akan semakin menyibukkan diri dengan Projek terbaru Mia iaitu, Mia akan mengeluarkan produk kecantikan Mia sendiri tak lama lagi. Ya, produk Mia akan siap memang tak lama sahaja lagi. Kalau rajin-rajin Likes lah fanpage Mia di Facebook https://m.facebook.com/profile.php?id=983202515053929&tsid=0.3790013638790697&source=typeahead#~!/TopModelSkinHQofficial?ref=bookmark . Doakan produk Mia ni akn meletop-letop ye. In shaa Allah hanya dengan izin Allah SWT.

Baiklah, tahun ni tahun kedua berpuasa dengan suami dan tahun pertama puasa sebagai Mommy, kejap lagi nak sahur dah. Nak siapkan makanan sahur dulu. Jumpa next entry. Selamat berpuasa semua!

Wasalam,
Miera Akina
Co-founder TMS


ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

No comments:

ATTENTION! Semua yang ade dalam kawasan ini adalah HARTA KARUN Meowmeow Diaries :D