BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pelamin by Za_Sanggul

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM WBT

Okayy now CikMia terajin nak update pasal Za_Sanggul sementara menunggu Si Jejaka mengambil CikMia nak pergi beli Cadar untuk bilik pengantin. Pasal bilik pengantin kita cerita nanti ya! Okay berbalik pada entry ni, Siapakah Za_Sanggul ini? Okayy nilah Wedding Planner yang CikMia hire untuk merealisasikan pelamin impian CikMia dihari berbahagia CikMia nanti. Muahihi. 

So, beberapa bulan yang lepas CikMia dan Si Jejaka telah set time cun cun dengan owner Za_Sanggul ni iaitu KakZa di butiknya yang terletak di Bangi. Gagah jugak redah area Bangi tu sebab memang jarang sangat ke sana. Akhirnya sampai jua tanpa sesak. Yeayyy Si Jejaka ni hebat dalam bab-bab jalan walaupun mesti gaduh dengan CikMia pasal jalan. HAHAHA.

CikMia dan KakZa
Layanan yang diberikan oleh Za_Sanggul memang tiptop, siap dibuatkan air untuk CikMia dan Si Jejaka. Walawehhhhh. Okay lepas bincang punya bincang macam mana pelamin yang CikMia inginkan tu, so mulalah pula sesi bincang harga. Mula-mula harga yang diberikan memang diluar BUDGET yang CikMia dan Si Jejaka rancangkan.

Lakaran Pelamin yang CikMia inginkan.
Tapi lepas bodek punya bodek, Akhirnya KakZa turunkan sikit harga, walau bagaimanapun masih diluar BUDGET yang ditetapkan. Tapi tu laaa harga last yang KakZa boleh berikan. Pikir dan memikir dengan Si Jejaka, Kami pun capai kata sepakat setuju dengan harga tersebut.  Kata KakZa, " Dewan tu besar Mia, So banyak dekorasi dan bunga yang kita perlu gunakan. Pelamin pun takkan nak pakai yg size kecik, pelamin mesti nak besar ". Hmmm betul jugak kata KakZa.

Jadinya, CikMia dan Si Jejaka harus kerja keras untuk menampung BUDGET tersebut. So now, rasa tak sabar nakk tengok kerja-kerja dekorasi pelamin tersebut jumaat depan. Yabedabeduuuu.

Last sekali, For bride-to-be diluar sana yang tengah pening kepala carik Pelamin dihari bahagia anda boleh review Instagram @Za_Sanggul. Mereka jugak selalu sangat masuk dalam majalah Pesona Pengantin ataupun Perkahwinan.

SEE YA!


ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

No comments:

ATTENTION! Semua yang ade dalam kawasan ini adalah HARTA KARUN Meowmeow Diaries :D