BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pelamin by Za_Sanggul

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM WBT

Okayy now CikMia terajin nak update pasal Za_Sanggul sementara menunggu Si Jejaka mengambil CikMia nak pergi beli Cadar untuk bilik pengantin. Pasal bilik pengantin kita cerita nanti ya! Okay berbalik pada entry ni, Siapakah Za_Sanggul ini? Okayy nilah Wedding Planner yang CikMia hire untuk merealisasikan pelamin impian CikMia dihari berbahagia CikMia nanti. Muahihi. 

So, beberapa bulan yang lepas CikMia dan Si Jejaka telah set time cun cun dengan owner Za_Sanggul ni iaitu KakZa di butiknya yang terletak di Bangi. Gagah jugak redah area Bangi tu sebab memang jarang sangat ke sana. Akhirnya sampai jua tanpa sesak. Yeayyy Si Jejaka ni hebat dalam bab-bab jalan walaupun mesti gaduh dengan CikMia pasal jalan. HAHAHA.

CikMia dan KakZa
Layanan yang diberikan oleh Za_Sanggul memang tiptop, siap dibuatkan air untuk CikMia dan Si Jejaka. Walawehhhhh. Okay lepas bincang punya bincang macam mana pelamin yang CikMia inginkan tu, so mulalah pula sesi bincang harga. Mula-mula harga yang diberikan memang diluar BUDGET yang CikMia dan Si Jejaka rancangkan.

Lakaran Pelamin yang CikMia inginkan.
Tapi lepas bodek punya bodek, Akhirnya KakZa turunkan sikit harga, walau bagaimanapun masih diluar BUDGET yang ditetapkan. Tapi tu laaa harga last yang KakZa boleh berikan. Pikir dan memikir dengan Si Jejaka, Kami pun capai kata sepakat setuju dengan harga tersebut.  Kata KakZa, " Dewan tu besar Mia, So banyak dekorasi dan bunga yang kita perlu gunakan. Pelamin pun takkan nak pakai yg size kecik, pelamin mesti nak besar ". Hmmm betul jugak kata KakZa.

Jadinya, CikMia dan Si Jejaka harus kerja keras untuk menampung BUDGET tersebut. So now, rasa tak sabar nakk tengok kerja-kerja dekorasi pelamin tersebut jumaat depan. Yabedabeduuuu.

Last sekali, For bride-to-be diluar sana yang tengah pening kepala carik Pelamin dihari bahagia anda boleh review Instagram @Za_Sanggul. Mereka jugak selalu sangat masuk dalam majalah Pesona Pengantin ataupun Perkahwinan.

SEE YA!


ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

DIY Project - Hand bouquet


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM WBT

Dup dap dup dap, tudiaaa tinggal lagi seminggu CikMia akan sah menjadi milik si jejaka hati. Nebesss habiss!!! Tapi apapun kita buat steady sajaaa ya. Letak nebes tu jejauhh ye. muahihi.

Okay sebenarnya harini CikMia tergerak hati nak men DIY hand bouquet aka bunga tangan untuk nikah, bersanding dan juga untuk majlis bertandang. Dah sejam menungg mandang bunga yg bertaburan ni, penat acu sana acu sini, tak jugak dapat ilhamnya. Ingatkan semudah ABC. inilah akibatnya tangan sekeras kayu, muahihi.


Nilahh himpunan bunga CikMia. 

Bunga tangan yang dihajati? Simple-simple ajaaaa. Tapi memang kurang kenan nya dengan bunga kristal tu, so bunga kristal tu awal-awal dah reject. Fresh flower? Sememangnya cantik, tapi habis majlis, kalau da layu da takde kenangan, so CikMia decide guna artificial flower je, nak wangi spray je perfume. muahihi.




Tadaaaa! Nilahh yang dai tadi menung tengok gambar ni, beda sana beda sini tak jugak jadi macam ni, frust nih! tapi takpe, usaha tangga kejayaan kan? So wait and see, CikMia akan jadikan impian menjadi kenyataan. ( HAAHA, Yakin sangat. Kalau jadi alhamdullilah, kalau idok kita samber aja lerrrr... )

See ya next update :)


ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

DEWAN BANQUET SAPURA

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM WBT

Syukur Alhamdullilah ada juga dewan untuk dijadikan tempat majlis hari persandingan CikMia. Sebenarnya, nak dijadikan cerita, mula-mula sekali dewan yang dijadikan pilihan adalah dewan di WISMA SEJARAH, Tapi sayangnya , dewan tersebut telah FULL BOOKING. Huaaaaaa!! Mana taknya, lagi 6 bulan nak kahwin baru terhegeh-hegeh nak booking, kan padan muka kau CikMia oiii.

So, bincang punya bincang dengan si jejaka dan keluarga, ayah pun bagi cadangan Dewan Pusat Latihan Dewan Bandaraya yang baru buat dalam setahun tu, Dewannya not bad la beraircond dan berhampiran je dengan rumah CikMia. So, ayah volunteer diri untuk menanyakan availibility dewan tersebut. Tunggu punya tunggu surat jawapan dari pihak DBKL, akhirnya berbalaslah selepas sebulan setengah. ( Untuk makluman korang, ayah CikMia telah menulis surat untuk memohon menyewa dewan tersebut ye.. )
Tapi jawapannya begitu menghampakan. Menurut surat tersebut, mereka hanya berikan kebenaran menyewa kepada kakitangan DBKL sahaja, so keluarga CikMia memang takde kena-mengena dengan DBKL ni. So mula la episod semak kepala.

Dalam keserabutan yang melanda, ayah kesayangan CikMia bagi berita gumbira yang dia dah dapatkan dewan untuk hari berbahagia CikMia tu nanti. Mau tak gembira masa tu, memang hipphipp horeeeyy! Sebenarnya dalam diam, ayah CikMia menyelak-yelak koleksi buku PESONAPENGANTIN dan PERKAHWINAN yang setiap bulan CikMia beli. Haaaaa siapa tak terharu weehhh! I love youuuu ayah!

So lepas je ayah call orang tersebut yang merupakan orang katering yang menyediakan dewan sekali iaitu LAKSAMANA TUJUH BARAKAH ( Tekan Sini ) , hari tu juga CikMia, Ayah dan Si Jejaka pergi Site Visit Dewan Sapura tersebut yang terletak lebih kurang 5KM je dari rumah CikMia. Sesampai di Dewan tersebut memang terus Falling in love gituuuu dengan dewan tu. Mana taknya, Viewnya adalah Tasik Mines dan sangat berhampiran PALACE GOLDEN HORSES. So deal punya deal dan mencapai kata sepakat, tanpa memikir panjang, maka Ayah membayar pendahuluan, kiraa booking terus. Gila noks 4 bulan lagi nak Majlis dewan takde? Jangan main gila. Jadinya selesai lah satu bab yang merungsingkan kepala CikMia, si jejaka dan keluarga.

So jom kita cuci mata dengan gambar-gambar teaser DEWAN BANQUET SAPURA @MINES tu, gambar ni hanyalah belas ihsan dari Cik Google.




Nak tahu macamana dekorasi Dewan tersebut dan sebagainya? Nantikan. CikMia sendiri sangatlah tidak kesabaran. HAAHAHA. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. AMIN.

SEE YA!

ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

ATTENTION! Semua yang ade dalam kawasan ini adalah HARTA KARUN Meowmeow Diaries :D