BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Kenapa Ego Menjadi Punca ?

ASSALAMUALAIKUMMM WBT ~

Finally , Selepas 5 Hari Menaip Cerita Ini Akhirnya Berjaya Jugaa Saya Menamatkannyaa ~ Jumm SamaSama Kita Baca , Cerita Ni Sangat Menusuk Kalbu , Even Baca Beratus Kali , Saya Tetap rasa Nak Mengalirkan Airmata ~ Actually Banyak Lagii Story Yang Saya Nak Share Dekad Bloggie Nie , But Asyekk Delay And Delayy ~ Jum HAYATI Bersamaa ........
 cerita ini di inspirasikan oleh satu cerita .

----------------------------------------------

Dia terlalu sayang kan aku . Itu yang aku pasti . Oleh sebab itu , aku berasa selesa sebab aku yakin , aku tahu dia takkan tinggalkan akuu . Dia Sanggup Ketepikan Kepentingan diri dia sendiri , semata-mata untuk aku . Untuk menjaga hati dan cuba memahami aku . Aku sering membiarkan dia Memujuk dirinya sendiri apabila dia merajuk . Untuk apa aku nak pening-peningkan kepala pujuk diri dia ? sebab aku tahu dia tetap akan kembali kepada aku . Setiap kali perselisihan paham , dia akan mengalah dan menyalahkan dirinya sendiri , walaupun pada hakikatnya jelas aku yang bersalah .

Dia Gadis Yang rela buat apa saja , kecuali satu . dia pernah berpesan padaku , dia hanya boleh melakukan sesuatu diluar batasan hanya selepas mempunyai ikatan yang sah . Dan atas sebab itu aku merasakan dia amat membosankan . Aku cemburu mendengar cerita kawan-kawan ku yang boleh buat ape sahaj bersama Girlfriend dorang . Tapi Aku ? Apabila aku cakap macam tue , dia hanya akan tersenyum dan cakap " Belum tentu gadis yang sentuh boy dia tue sayang boy dia lebih daripada saya sayangkan awakk . belum tentu gadis tue ada masa susah dan senang dan sanggup terima apa saja kerenah boy dia tue , "

Yang Nyata , Aku sangat tak setuju dengan jawapan dia tue . Aku tengok kawan-kawan aku semua bahagia . Boleh bergembira dengan pasangan masing-masing . Dibelai . Lepakk clubb sama-sama . apa ada hal ? Tapi akuu ? Balikk-balik dengar jawapan yang sama . Tunguu LEPAS KAWEN . Aku bosan sangat tahu takk ? Sampai Satu masa aku dah tak tahan lagi . Aku mintak kami berpisah . aku pernah ungkapkan kata BREAK Satu ketika dahulu . kini aku ungkapkan nya kembali . Aku nampak airmatanya berlinangan tapi sikit pun aku tak kesian .

" Mungkin kita tiada jodoh . Awak lelaki yang baik sebenarnya . saya mula memahami awak . Awak berhak dapat gadis yang lebih baik dari saya . Saya nak awak janji satu benda , untuk kali terakhir , Satu hari nanti , bila awak jatuh cinta dan betul-betul sayangkan dia , hargailah gadis itu . berikan perhatian awak kepada dia , awak kene jaga dia , jangan awak pinta yang bukan kemahuan nya , awak jangan buat dia menangis . luangkan masa yang awak ada untuknya . Semoga gadis itu akan sayang awak dan terima awak seadanya , semoga dia menghormati awak sebagai lelaki dan memahami awak . Yang paling penting , saya nak awak bahagia , saya gembira tengok awak bahagia . " Tue pesanan terakhir dia buat aku . Dia tersenyum seperti selalu . walaupun dengan airmata , dia tetap akan tersenyum .

Arghhh ! Takk habis-habis nak tunjukk mulia . Bosan laa dengan orang macamnie . Malas aku mengadap dia lama-lama . Aku cepat-cepat blaa dari situ . Tiba-tiba aku terdengar bunyii Hon yangg kuatt . Sedar-sedar , aku sudah tersungkur di seberang jalan . Satu dentuman kuat kedengaran . Dan aku nampak dia sudah terbaring dihadapan sebuah kereta . Dia selamatkan aku . Lelaki yang telah meyakiti hatinya ! Sejak dari awal sehingga kini . Darah membuak-buak keluar dari kepalanya . Ambulans datang membawa kami pergi .

Di hospital keadaan kelam kabut . Dia perlu di bedah dengan segera . kepalanya cedera dengan teruk sekali .  Ramai kawan-kawan dia dan ahli keluarga nya turut sekali . Dia ramai kawan , dia seorang yang mesra . Aku tengok ibunya menangis . Ini semua Gara-gara aku , rasa bersalah menusuk naluri aku . Aku dah sakiti dia , tapi dia masih sanggup menyelamatkan aku . Aku berdoa semoga dia selamat . Aku nak menebus kesalahan aku . Dia sangat baik . aku taknak kehilangan dia . dia ikhlas terhadap aku .

Selepas beberapa jam kemudian , pembedahan telah selesai . Dia berada dalam ICU . Dia koma . Doktor kata dia mampu mendengar . Tiba-tiba seorang yang rapat dengan dia menghampiri aku dan menghulurkan sesuatu , " Dia pernah pesan sekiranya sesuatu berlaku pada dia , berikan ini kepada kau ,'' Hanya itu yang gadis itu ucapankan kepadaku dan terus berlalu . Pandangan Gadis itu penuh dengan kebencian . Aku pernah jumpa gadis itu , kesayangan dia . Tapi aku tak pernah berbaik dengan gadis itu . Pernah juga dia memintaku untuk berbaik dengan gadis itu . Tapi aku tak tahu kenapa aku tak mahu . Tapi dia rapat dengan kawan-kawan aku .

Balik sahaj dari hospital , aku terus membuka bungkusan itu . Balutan kertas itu aku buka . Didalam nya ada sebuah diari dan juga sebuah botol kaca berbentuk hati yang diisi dengan origami bintang . Aku buka diari Itu , Aku sebak membaca bait-bait di awal muka suratnya .

" Saya akan menulis dan mencoretkan segala cerita suka duka tentang kita dalam diari ini , dan dalam origami itu saya tuliskan kata-kata cinta buat awak . Awak bacalah , dan untuk origami itu , awak boleh bukak SATU Sahaja sehari . Masa Ini mungkin saya sedang tiada disamping awak . Dengan kehadiran diari dan origami itu , percaya lah awak akan rasa seperti saya bersama awak , ILOVEYOUU .."

Aku bukak penutup botol itu dan aku ambil satu biji bintang . aku bukak origami itu dan baca , " BOY I HOPE YOU KNOW , I'M IN LOVE WITH YOU , " aku tersenyum sendiri . Aku buka lagi bintang yang seterusnya . walaupun dia kata sehari satu , tapi aku gembira membaca kata-kata semangatnya dan suara cinta dia ikhlas buat aku . Demi ALLAH SWT , Sepanjang aku bergelar Lelaki yang dewasa , ini pertama kali aku menangis semahunya . Airmata aku tak berhenti mengalir sehingga habis aku membaca kesemua origami itu . Aku telah menyakiti hati seorang Gadis .

Aku melawatnya di hospital . Walaupun mukanya penuh dengan calar , bibirnya pucat dan kepalanya berbalut , tapi dia tetap nampak cantik tanpa make up . dia memiliki kecantikan yang asli . Atas sebab itu aku selalu cemburu apabila rapat lelaki yang cuba mendekati dia , tapi aku tahu , dia hanya setia kepadaku . Dia selalu menjaga hati aku . Aku mencapai tangannya yang penuh dengan pelbagai wayar .

Aku bisikkan di telinganya " Sayang , I datang nie .. cepatlah sedar . I rindu nak tengok you senyum macam selalu .I Banyak bersalah dekat you . I Mintak Maaf . " Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu . aku panik .

" Hey , ape kau buat nie ha ? Tak cukup kau lukakan hati dia ? " Jerkah gadis itu memeranjatkan ku . Doktor dan jururawat bergegas masuk dan memintaku keluar .

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh . Aku takut Allah swt mengambil nyawanya . aku belum sempat meminta maaf kepada dia . Aku mula sedar yang aku sayang dia . Selepas Beberapa minggu akhirnya dia sedar . Ya pada hari ulang tahun kami . Aku bersyukur . Ini adalah hari yang paling bermakna dan gembira . Sungguh aku rindu suara manjanya walaupun dulu tak pernah mencairkan hatiku dan senyumannya .

Tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon untuk mengambil tempahan . Dengan tergesa-gesa aku terlanggar botol kaca pemberiaannya . botol itu jatuh pecah , Ahh nanti laa aku uruskannya . aku perlu cepat nie . samapi di kedai kek . Di atas cake tue tertera gambar dua hati . cantiikk sangat . aku bahagia rasanya .

" Abang bertuah . Dia menempah kek nie khas untuk abang pada hari ulang tahun korang . dia nak buat suprise , walaupun dia tahu abang tak suka suprise , sebab tue dia nak suruh abang amek sendiri . Dia cakap dia nak makan kek nie dengan abang . Kakak tue comel , baik pulak tue . Nanti abang tolong kirim salam dekat akak ye , Abang jaga akak elok-elok , dia sayang abang , " Ramah gadis yang berkerja di kedai kek itu . Aku tersenyum sepanjang perjalanan ke hospital .

Sampai di hospital , aku lihat dia duduk termenung di tepi katil . Tiada yang menemaninya . Aku tersenyum kepadanya , dia terkejut dengan kehadiran aku .  Aku tefikir org sakit nak ke makan kek , tapi dia kan nak makan kek dengan aku .

" Sayang , Terima kasih untuk kek ini . I gembira you dah sedar . Adik kedai kek kirim salam dekad you . katanya , you nak makan kek dengan I , I suapkan you eh , " Aku suakan sudu tapi tanpa diduga , dia menepis sudu itu hingga jatuh terpelanting . Dia tidak pernah kasar kepadaku . dia selalu melayan aku dengan lembut . Mungkin dia dah terlalu terluka dengan aku .

" Baliklah , saya semakin sakit tengok awak . bawak sekali kek tue . saya taknak tengok apa-apa tentang awak lagi , apatah ingat tentang awak lagi ," Aku semakin terkedu , wajah aku yang di kata selalu rindu pun dia tanak pandang lagii .

Selang beberapa hari , aku melawatnya kembali , tapi katilnya kosong . aku bertanyakan kepada jururawat yang bertugas . katanya pesakit sudah pulang kerumah . Tapii hati aku hampir gugur apabila jururawat itu kata yang dia masih menerima rawatan susulan kerana dia sudah lumpuh . Dia lumpuh kerana aku .

3 Tahun berlalu , sejak itu aku sudah tidak dapat menghubungi dia lagi . khabar beritanya pun tidak ku ketahui . Suatu hari , di sebuah restoran kegemarannya , saat aku baru ingin menyuapkan makanan kedalam mulutku ,  aku ternampak seseorang serupa dengannya , walaupun dengan gaya yang berbeza , tapi ya senyuman dia , masih sama . itu dia . Tapi dia sedang bersama lelaki lain .

Sekali aku terpandang lelaki itu mengusap perut dia . Dia mengandung . Itu pastinya dia sudah berkahwin . Dan aku lihat lelaki itu sangat menyayangi dia , jauh berbeza dengan aku suatu masa dahulu . Airmataku ingin mengalir . Senyuman terindah dia yang dulu milik ku kini menjadi hak kepada orang lain .

Lelaki itu sangat bertuah . sungguh tak ku nafikan .

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan kepadaku dahulu . Botol itu sudah pecah . namun aku dah gantikan yang baru . Yang sama tapi takkan pernah serupa . Botol yang lama dipilih oleh dia , botol yang baru dipilih oleh aku . walaupun aku masih menyimpan serpihan botol kaca yang lama tapi ianya amat mustahil untuk kembali seperti dulu semula .

pesanan

 buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu . Jangan jadi macam aku . Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku . Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sesak nafas . Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku . Telinganya aku tak pernah nampak , terlindung , tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala tengkingan marahku . Hatinya sangat lembut , dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya , aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain .



Kau takkan tinggalkanku , takkan pernah sayangku , janjimu janjiku padamuu ~

xoxo ,
sofea ohh sofea


ツhye aligato! ohh yaa, jangan lupa follow tau, heheツ

No comments:

ATTENTION! Semua yang ade dalam kawasan ini adalah HARTA KARUN Meowmeow Diaries :D